Ghazali Shafie Graduate School of Government

Kunjungan Hormat GSGSG ke Pejabat RSOG di Putrajaya

page.jpg

 

 

GSEEP ONLINE: 23 April 2018, Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Prof. Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas pejabat Razak School of Government (RSOG) di Menara Prisma, Putrajaya. Kunjungan ke pejabat RSOG tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) RSOG sendiri, Encik Azman Hisham Che Doi. Turut serta dalam rangka lawatan dari GSGSG adalah Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Dr Noor Azimin Zainol. Pihak RSOG juga disertai oleh dua orang pengarah teknikalnya iaitu Encik Abdullah Hassan, Director of Thought Leadership dan Encik Azham Zainal Abidin, Director of Strategic Leadership.

Antara fokus utama lawatan dan perbincangan tersebut ialah untuk meneroka peluang kerjasama antara GSGSG melalui unit latihan eksekutif GSEEP dan pihak RSOG. Kunjungan hormat ini juga sebagai langkah untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan serta program pelatihan eksekutif yang boleh ditawarkan kepada pihak RSOG memandangkan En Azman Hisham baru dilantik sebagai CEO RSOG.

Berdasarkan perbincangan yang diadakan, pihak RSOG menunjukkan sambutan yang positif dan berminat untuk mengadakan kerjasama dengan GSGSG di dalam merangka program latihan eksekutif dan kolaborasi penyelidikan dengan tenaga pakar di UUM. Pihak GSGSG secara prinsipnya bersetuju menyediakan tenaga pakar untuk merealisasikan program tersebut.

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved