Ghazali Shafie Graduate School of Government

GSGSG MERAIKAN KEDATANGAN PELAJAR BARU

PELAJAR BARU

GSGSG ONLINE : Seramai 174 pelajar ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat pasca siswazah Master dan Phd di Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) bagi Semester A181 Sesi 2018/2019. 54 orang pelajar baru telah mendaftar pada hari ini termasuk 9 pelajar Phd  dari Thailand, Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.

Pendaftaran pelajar diadakan di Foyer UUM COLGIS bermula jam 8.30 dan selesai pada jam 1.00  tengahari. Salah seorang pelajar baru yang turut mendaftar adalah CEO SADA, Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin yang disambut oleh Timbalan Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Badariah Hj Din.

Pada sebelah petang pula, Dekan GSGSG, Prof. Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah meluangkan masa menyambut serta sesi beramah mesra bersama pelajar baru.  Dekan mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan mereka dan mengangap mereka telah melakukan pilihan bijak dengan memilih UUM sebagai destinasi Pengajian. Suasana UUM yang tenang dan aman amat sesuai bagi proses pembelajaran. Timbalan dekan GSGSG kemudian telah menyampaikan kata-kata aluan dan taklimat akademik kepada pelajar-pelajar baru.

Sesi petang berakhir pada pukul 4 petang dan sebelum bersurai, pelajar kemudianya dijamu dengan sedikit juadah.

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved