Ghazali Shafie Graduate School of Government

Welcoming Briefing cum Lunch with the Dean of GSGSG

gseep unkris

Assalamualaikum & Good Day,

GSEEP ONLINE: Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah menerima kunjungan rombongan dari Universiti Krisnadwipayana (UNKRIS) bertitik-tolak dari kerjasama baik di antara Dekan GSGSG, Prof. Dr. Kamarulnizam Abdullah  dengan pihak berkepentingan di Indonesia. Program eksekutif yang dinamakan  “Refreshing Executive Programme for Young Lecturers” telah menyaksikan 8 orang pensyarah dari UNKRIS telah berminat untuk mengikuti program ini. Rombongan dari UNKRIS telah diiringi oleh wakil Rektor Akademiknya iaitu Dr. Guswandi serta Dr. Abdullah Sumrahadi. Rombongan telah disambut oleh warga GSGSG diikuti dengan taklimat ringkas oleh Dekan GSGSG serta perbincangan berkenaan program yang akan dilaksanakan.

Program eksekutif ini yang dijalankan di bawah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP) akan berlangsung selama 3 minggu dan antara pengisiannya adalah program mentor-mentee yang menempatkan pensyarah-pensyarah tersebut kepada mentor mengikut bidang kepakaran dan mereka akan dibimbing untuk penghasilan jurnal artikel berimpak tinggi. Peserta juga akan turut serta dalam pengisian berbentuk seminar dan diskusi untuk menyiapkan diri melanjutkan pengajian ke peringkat PhD serta akan menghadiri slot seminar penerbitan jurnal SCOPUS pada minggu terakhir program ini berlangsung. Selain aspek akademik, aspek riadah juga dititik-beratkan untuk menyeimbangkan kehidupan di kampus UUM di mana peserta akan terlibat dengan program Fun Cycle Tour, aktiviti merentas hutan Sintok, lawatan sambal belajar ke Alor Setar dan Pulau Pinang.

Hadir sama adalah Timbalan Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Badariah Hj. Din, yang turut memberi sedikit penerangan berkenaan program akademik yang ditawarkan di GSGSG serta Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun  Mohd Nawi, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) selaku salah seorang mentor, Dr Noor Azimin Zainol selaku Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP) dan En Mohd Sukri Othman, Timbalan Pendaftar GSGSG. Sesi pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan dan jamuan makan tengah hari.

 

Sekian.

 

For further information, please contact us at:

Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme

UUM COLGIS | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Tel: +604928769/7766| Fax: +6049287799 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Website : gseep.uum.edu.my | Facebook : Ghazali Shafie Graduate School of Government

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved