Ghazali Shafie Graduate School of Government

PROGRAM LATIHAN EKSEKUTIF “Refreshing Executive Programme for Teachers” di Kuala Lumpur

 

GSEEPGSEEP ONLINE : “Refreshing Executive Programme for Teachers” anjuran Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP) bersama peserta daripada Bandung, Indonesia melalui Yayasan Pendidikan Dasar Menengah Pasundan(YPDMP) telah berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2018 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di EDC Hotel, Kuala Lumpur.

Program eksekutif ini bertemakan Executive Programme And Comparative Study telah dihadiri oleh 16 0rang pengetua serta 2 orang pengiring. Majlis dimulakan dengan ketibaan peserta di KLIA 2 disambut oleh Pengarah GSEEP, Dr. Noor Azimin Zainol dan sesi salam perkenalan di antara peserta dan pegawai-pegawai GSEEP. Semua peserta yang terlibat adalah di kalangan Pengetua sekolah menengah di Pasundan, Bandung.

Sesi pertama program ini ialah lawatan kerja di sekitar Putrajaya dan makan tengahari di kafe BoraOmbak Putrajaya. Peserta sangat teruja dengan keindahan dan keunikan pembangunan kawasan pentadbiran persekutuan Malaysia.

Dalam sesi hari yang pertama juga diadakan lawatan kerja sekitar Kuala Lumpur iaitu melawat Istana Negara, Dataran Merdeka, Central Market dan KLCC. Acara penutup untuk 25 Oktober, pihak GSEEP telah menyediakan 1 sesi latihan eksekutif pada malam berkenaan mengenai dasar pendidikan Malaysia oleh penceramah jemputan, Dr. Nira  Hariyatie Hartani. Sesi latihan ini juga turut membincangkan dasar pendidikan di negara Indonesia serta sesi perbincangan juga diadakan antara penceramah dan peserta.

Hari berikutnya, pihak GSEEP telah megaturkan program lawatan penandaaras ke sekolah menengah cemerlang di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Seri Bintang Selatan (SMKSBS), Cheras. Peserta program ini disambut baik oleh para guru sekolah dan murid-muridnya. Satu slot tarian menyambut tetamu juga disajikan kepada kumpulan peserta ini. Program di sekolah ini diketuai oleh Pn. Salina Binti Abdul Manaf, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.

Majlis kemudian berakhir dengan penukaran cenderahati antara pihak UUM, SMKSBS, YPDMP dan sedikit jamuan makan tengahari sebelum rombongan bergerak ke Johor Bahru untuk aktiviti lawatan kerja ke Singapura pula.

 

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved