Ghazali Shafie Graduate School of Government

PROGRAM LATIHAN EKSEKUTIF “Refreshing Executive Programme for Teachers” di UUMKL

gseep

GSEEP ONLINE : “Refreshing Executive Programme for Teachers” anjuran Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP) bersama Universitas Pasundan (UNPAS) Bandung, Indonesia telah berlangsung pada 22 hingga 24 November 2018 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di EDC Hotel, UUMKL dan Singapura.

Program eksekutif ini bertemakan Executive Programme and Comparative Study telah dihadiri oleh 20 orang pelajar pascasiswazah serta 4 orang pensyarah. Majlis dimulakan dengan ketibaan peserta di Singapura untuk acara lawatan di pejabat Kedutaan Indonesia di sana. Selepas program di Singapura selesai, para peserta bermalam di Johor Bahru sebelum berangkat ke Kuala Lumpur menaiki bas yang disewa khas. Program pertama diadakan di Kuala Lumpur adalah lawatan penanda aras bersama Kolej Komuniti Selayang (KKS) yang disambut oleh kakitangan dan Pengarahnya, Encik Abdul Razak Sabtu, dan Pengarah GSEEP, Dr. Noor Azimin Zainol.

Setelah selesai sesi yang pertama, GSEEP membawa peserta lawatan kerja ke sekitar Kuala Lumpur iaitu melawat Istana Negara, Dataran Merdeka, Central Market dan KLCC. Pada hari kedua pula, pihak GSEEP telah menyediakan 1 sesi latihan eksekutif oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Dr. Shahimi Mohtar, Pengarah UUMKL. Beliau mempromosikan dan memperkenalkan UUMKL dengan lebih terperinci melalui sesi soal jawab yang diadakan, kemudian menjamu selera makan tengahari di Academia Lounge.

Sesi terakhir program ini ialah lawatan kerja di sekitar Putrajaya sebelum mereka berlepas untuk pulang ke Bandung di KLIA2 pada lewat petang.

“Program bersama Kolej Komuniti sangat bermanfaat untuk kami,” ujar seorang peserta wakil Dosen (Pensyarah) UNPAS.

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved