Ghazali Shafie Graduate School of Government

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KERJASAMA UUM GSGSG - UNKRIS

gsgsg UNKRIS

 

23 Januari 2019, satu kunjungan hormat dan perbincangan cadangan kerjasama bersama Universitas Krisnadwipayana (UNKRIS) telah diadakan pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat GSGSG, COLGIS.

Delegasi dari UNKRIS  tersebut diketuai oleh Wakil Rektor I Dr. H. Guswandi, SE., MM dan turut disertai oleh Dr. Abdullah Sumrahadi, M.Si selaku wakil Dekan I dari Fakultas Ilmu Administrasi UNKRIS.  Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan rangka kerjasama dalam mengadakan persidangan antarabangsa dan kursus-kursus eksekutif jangka pendek untuk pensyarah-pensyarah UNKRIS yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran mereka di UUM. Kerjasama ini juga diharap dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab antara UNKRIS dan UUM amnya. 

Perbincangan yang di pengerusikan oleh Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar tersebut mendapat respon yang cukup positif dari kedua-dua belah pihak. Turut hadir daripada pihak UUM adalah Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government, Prof. Madya Dr. Badariah Bt Hj Din, Pengarah Institut for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement, Dr. Abd. Rahim Romle, Pengarah Institute of Excellence for Islamic Jerusalem Studies (IEIJS) Dr. Aminurraasyid Yatiban dan En. Mohd Sukri Othman selaku Penolong Pendaftar Kanan GSGSG.

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved