Ghazali Shafie Graduate School of Government

Majlis Suai Kenal Pelajar Pascasiswazah UAE Bersama Naib Canselor

UAE

UUM ONLINE: Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP) di bawah Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) menganjurkan Latihan Intensif ?Postgraduate Executive Programme for International Students? di Universiti Utara Malaysia pada 6 ? 24 Oktober ini.

Program ini melibatkan 25 pelajar antarabangsa UUM yang terdiri dari pegawai dan staf kerajaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka diraikan pada Majlis Suai kenal Pelajar Pascasiswazah UAE Bersama Naib Canselor di GSGSG, semalam.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato? Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu serta melahirkan penghargaan kerana telah memilih UUM sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah untuk semester A191.

Beliau beramah mesra dengan pelajar yang mengikuti program di peringkat doktor falsafah (PhD) dan Sarjana (Master) dalam bidang Pengurusan Awam, Undang-Undang, Pengajian Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsa. Beliau juga turut memaklumkan bahawa kumpulan pelajar ini merupakan duta kecil UUM di UAE.

?UUM  sentiasa memberi perkhidmatan terbaik, kemudahan yang kondusif dan meningkatkan kualiti untuk menarik lebih ramai pelajar dari UAE.

?Saya berharap para pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di samping memanfaatkan peluang belajar di UUM seterusnya  mengajak lebih ramai rakan-rakan untuk belajar di sini,? ujarnya.

Pertemuan ini menyaksikan masing-masing berkongsi cerita dan bertukar-tukar pandangan sekali gus menjalin hubungan yang lebih erat. Pelajar-pelajar ini turut kagum dengan keindahan dan persekitaran hijau UUM. Mereka mengucapkan terimakasih kepada staf GSGSG yang memberi komitmen dalam membantu melancarkan urusan pendaftaran dan pembelajaran mereka di UUM.

UUM bertekad memberi perkhidmatan terbaik dan meningkatkan kualiti selaras dengan aspirasi ke arah menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Hadir sama,  Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar, Timbalan Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Badariah Haji Din, Pengarah GSEEP, Dr. Abd Rahim Romle, Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi, Dekan SOL, Dr. Rohana Abdul Rahman, Dekan STHEM, Dr. Johan Afendi Ibrahim, Dekan SOG, Prof. Madya Dr. Zainal Md. Zan dan Timbalan Dekan SOIS, Dr. Nazariah Osman.

footer271217

Contact Us

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, 
Kedah, MALAYSIA

Tel: +604-9287751
Fax: +604-9287799

E-mail: gsgsg@uum.edu.my

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm 
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm 
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

Copyright © 2016 Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG). All Rights Reserved