All News

UUM COLGIS TERIMA KEMASUKAN 47 PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH

4 JANUARI 2024 / 22 JAMADILAKHIR 1445H

===================================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Jafri Ishak

Gambar oleh: Mohd Shukri Kamarudin


GAMBAR KEMASUKAN 232

UUM COLGIS telah menerima kemasukan seramai 47 orang pelajar baharu pascasiswazah bagi trimester kedua kemasukan Januari 2023/2024 (Sesi A232).

Daripada jumlah itu, 18 orang merupakan pelajar tempatan dan 29 orang adalah pelajar antarabangsa yang akan memulakan sesi pengajian kali ini.

Sehubungan itu, sesi taklimat pendaftaran dan pengajian program kepada pelajar baharu telah diadakan secara bersemuka pada 3 Januari 2024.

Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar dalam ucapannya mengalukan kedatangan pelajar baharu UUM COLGIS ke UUM dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana memilih universiti ini untuk melanjutkan pengajian.

Beliau turut menerangkan bahawa pelajar baharu perlu mengambil peluang ini untuk meneroka perkara baharu dan menasihatkan pelajar agar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka, memanfaatkan masa sebaik mungkin serta menerima perbezaan dengan cara bercampur dengan pelajar dari negara lain bagi mengenali antara satu sama lain.

“Jadikan pengajian di UUM ini sebagai satu perjalanan yang mencabar tetapi menarik. Rebut peluang ini untuk belajar dan memperolehi pengetahuan baru, sekali gus membangunkan kemahiran baru serta meningkatkan sifat keperibadian yang baik,” ujarnya.

Menurutnya, sesi pengajaran dan pembelajaran untuk trimester ini akan dijalankan secara bersemuka sepenuhnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Mohd Na’eim Ajis turut mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa gembira untuk menerima kedatangan pelajar baharu ke bumi Sintok bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat pascasiswazah.

Pada sesi itu juga, pelajar diberi taklimat akademik oleh Prof. Madya Dr. Mohd Na’eim Ajis manakala taklimat program pengajian diberikan oleh penyelaras program dari setiap pusat pengajian di bawah UUM COLGIS.

Video taklimat tentang kemudahan dan fasiliti di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diberikan oleh pihak PSB dan dikongsikan dalam whatsapp group pelajar baharu.

Manakala slide taklimat tentang penggunaan Portal UUM telah diberikan oleh pihak UUMIT dan dikongsikan dalam whatsapp group pelajar baharu.

Habis.