All News

‘IFTAR PERDANA GSGSG BERSAMA PELAJAR PASCASISWAZAH: MENGERATKAN UKHWAH BERSAMA’

3 APRIL 2024 / 23 RAMADHAN 1445H

==============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Encik Nor Afiq Abd Razak

Gambar oleh: GSGSG, UUM COLGIS

iftar gsgsg 2024

Pada 3 April 2024 Rabu 23 Ramadhan 1445H, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah menganjurkan program University Social Responsibility (USR) serta majlis berbuka puasa bersama pelajar pascasiswazah dan penjawat utama COLGIS di EDC UUM.

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) turut menjemput tetamu daripada ahli Mesyuarat JIL UUM COLGIS, penjawat utama universiti, Pengarah BSD, para asnaf daerah Changlun, staf UPSB serta pelajar pascasiswazah UUM COLGIS yang berada di Kampus UUM.

Majlis dimeriahkan lagi dengan sumbangan bakul ramadhan kepada para asnaf Changlun dan staf UPSB yang telah disediakan oleh pihak Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) hasil sumbangan tunai dari Tabung Zakat BSD. Sumbangan duit raya juga diberikan kepada para asnaf dan staf UPSB oleh Kedai Emas Hairi, Cawangan Changlun yang diwakili oleh Encik Muhammad Syarifuddin bin Sabri.

Sementara itu, Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Bin Omar dalam ucapannya berharap majlis iftar ramadhan yang dilaksanakan ini dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama staf, pelajar pascasiswazah dan penduduk setempat.

Di samping itu, Prof. Dr Rusdi Omar juga berharap agar hubungan baik antara GSGSG dengan para pelajar pascasiswazah dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.

Habis.