All News

CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) GSGSG 2025 - PERKASA AMALAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN STAF UUM COLGIS

 

18 NOVEMBER 2025 / 27 JAMADIL AWAL 1447H

=============================

“UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nurul Hamiza Hamzah

Gambar oleh: GSGSG, UUM COLGIS

CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) GSGSG 2025 - PERKASA AMALAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN STAF UUM COLGIS

 Brown Collage Quote Instagram Post 1

SINTOK, 18 November 2025 – Unit Pentadbiran Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah menganjurkan Ceramah Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health – OSH) GSGSG 2025 bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Arieff ‘Afizuddin bin Zabri, Senior Executive, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, yang berpengalaman dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sesi perkongsian beliau menekankan kepentingan pematuhan prosedur keselamatan, pengurusan risiko di tempat kerja, serta langkah pencegahan kemalangan dan kecederaan.

Program ini turut disertai staf pentadbiran daripada empat pusat pengajian di bawah College of Law, Government and International Studies (COLGIS), iaitu Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Pusat Pengajian Undang-undang (SOL), Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Pengurusan Acara (STHEM).

Penganjuran ceramah ini adalah sebahagian daripada usaha GSGSG untuk memperkukuh budaya kerja selamat dan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap potensi bahaya di persekitaran pejabat. Program ini juga menyokong inisiatif universiti dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif serta mematuhi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang disyorkan.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut tentang isu keselamatan, pengurusan risiko dan amalan terbaik OSH di peringkat jabatan serta pusat pengajian.

– TAMAT –